POLITEKNIK MELAKA, 4 Februari 2016- Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berkerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP), menjalankan Program lawatan ke rumah pelajar- pelajar Politeknik yang menetap di luar kamsis bermula pada jam 5.30ptg hingga 6.30ptg bertempat di Taman Pokok Mangga, Taman Bertam dan Taman Kesidang. Antara yang terlibat dalam lawatan ini ialah YDP Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka iaitu saudara Mohammad Syahir Zaman bin Abdul Rahman serta Suriyana Jaya Binti Sugua Feredin selaku Pengarah Program ini dan juga Exco Kebajikan & Kediaman Pelajar Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka. Seterusnya , sebanyak 3 buah rumah yang menerima lawatan dari Majlis Perwakilan Pelajar untuk dikunjung bagi mengimarahkan lagi program ini.Pada 28hb Januari 2016 yang lalu, Jabatan Kejuruteraan Awam telah menganjurkan satu program lawatan akademik ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ia bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan kaedah mencegah dan melawan kebakaran secara lebih terperinci. Lawatan ini telah diketuai oleh Puan Norzainariah Bt Abu Hassan dan disertai oleh 21 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Semester 1B. Rombongan telah disambut baik oleh penguasa bomba iaitu Tuan Robert James yang bertugas di Bahagian Keselamatan Kebakaran. Perjalanan program bermula dengan aktiviti melawat sekitar Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Maharajalela. Pelajar telah dibawa ke Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur di mana semua panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 akan disambungkan untuk kes-kes yang memerlukan khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur. Kemudian, pelajar dibawa ke Balai Bomba Jalan Hang Tuah untuk melihat jentera-jentera yang digunakan oleh pihak bomba dalam menghadapi kes kebakaran dan kecemasan.
Pada 28hb Januari 2016 yang lalu, Jabatan Kejuruteraan Awam telah menganjurkan satu program lawatan akademik ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ia bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan kaedah mencegah dan melawan kebakaran secara lebih terperinci. Lawatan ini telah diketuai oleh Puan Norzainariah Bt Abu Hassan dan disertai oleh 21 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Semester 1B. Rombongan telah disambut baik oleh penguasa bomba iaitu Tuan Robert James yang bertugas di Bahagian Keselamatan Kebakaran. Perjalanan program bermula dengan aktiviti melawat sekitar Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Maharajalela. Pelajar telah dibawa ke Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur di mana semua panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 akan disambungkan untuk kes-kes yang memerlukan khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur. Kemudian, pelajar dibawa ke Balai Bomba Jalan Hang Tuah untuk melihat jentera-jentera yang digunakan oleh pihak bomba dalam menghadapi kes kebakaran dan kecemasan.
No comments:
Post a Comment